Tuesday, November 3, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Assalamu'alaikum. ...
Satu hadis penting buat kite semua...

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada
SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-
tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-
sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3
tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3
tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu
kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola
sepak. Semua insan ingin memasuki syurga
tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.

0 comments:

Post a Comment