Salam...
Satu artikel yang amat berguna untuk dikongsi bersama semua ahli agar kita
lebih mengetahui kewujudan Syurga dan Neraka.
Baik utk dikongsi bersama, pada mulanya terkejut saya dgn tajuk di atas..
Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati
melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis
panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama
dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk
menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda
semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan
dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut
nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam
neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz
tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak
akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen
sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..
hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.
Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang
baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang
dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol
disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke
dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu
Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri
dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang
diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,
maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah; semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum."
End of my story. :-)
0 comments:
Post a Comment