Sunday, October 25, 2009

::Sungguhkan Dia Pilihan Hati::

Dia baik, memenuhi citarasa.. Dia memang lelaki idaman!! Tetapi, ada ketikanya hati berbolak balik, benarkah dia pilhan hati yang tepat? Ada terdapat beberapa faktor penolak yang mencetuskan rasa tidak pasti ini. Mungkin perkenalan terlalu singkat atau dia layak untuk buat adik saja! Atau kes yang lebih berat, dia suami orang! Oh, jika difikirkan memang ada sahaja yang menjadi penghalang. Namun, apabila berada disisinya kita berasa cukuop senang. Apakah dia hanya sesuai dijadikan kawan atau memang ada alasan untuk dijadikan kekasih?

25 sebab dia cuma boleh dijadikan kawan baik
1. Dia boleh tergelak besar sewaktu kita menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.
2. apabila bertentang mata dengannya, kita tidak merasa getaran cinta atau dada yang berdebar-debar.
3. Kala bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.
4. Sewaktu keluar makan bersamanya, kita tak malu-malu memesan Big Mag, Cola Large size ditambah dengan fun fries, ice cream dan nugget. Habis semua dimakan dan tidak sampai sejam, anda ternampak pula mamak menjual cendol, anda mengajak teman lelaki itu menjamu selera.
5. Diri diserang selsema, rasa tidak tertahan lagi. Anda terus mencapai tisu dan menghembus hingus didepannya.
6. Setiap kali membuat temu janji dengan sidia, anda tidak pernah susah hati memikirkan fasal baju, gaya rambut atau stail solekan wajah yang sesuai.
7. Ada ketika tangan bersentuhan, mungkin secara tiak sengaja, anda langsung tidak berasa sebarang renjatan elektrik pada sentuhan itu.
8. Jika menonton filem lucu atau mendengar dia berserita sesuatu yang kelakar, anda tidak malu-malu untuk ketawa berdekah-dekah. Anda adalh diri anda, walaupun perkenalan masih terlalu awal.
9. Bila dia menguap, dia terlupa untuk menutup mulut. Dia begitu bersahaja sehingga anda dapat melihat lalat melintasi dan hampir masuk ke dalam mulutnya.
10. Sidia tidak malu-malu meminta anda menggunakan duit anda untuk membayar makan malam.
11. Di mesin bayaran parkir kereta, sekali lagi dia meminta anda membayarkan dengan alasan dia tiada wang kecil.
12. Setiap kali mahu berhubungan dia hanya missed call pada anda. Tanpa teragak-agak, dia memberitahu kredit kad prabayarnya habis.
13. Kala anda menceritakan pengalaman putus cinta, dia mendengar bersungguh-sungguh tanpa menunjukkan sebarang emosi.
14. Dia tidak pernah bercakap atau memberi sebarang isyarat mengenai masa hadapan perhubungan ini.
15. Dia tidak berminat untuk mengetahui kisah silam anda.
16. Dia tidak pernah ingat tarikh lahir anda, jika disebut barulah dia belanja makan itupun hanya sekadar rojak.
17. Jika dia keluar daerah atau bercuti, dia tidak pernah menelefon anda. Jika dia telefon pun sekadar berpesan supaya anda memberi makan kucing kesayangannya itu sahaja.
18. Habis glamor, dia memberi anda hadiah rantai kunci atau penggantung handphone.
19. Dia asyik bercerita, sibuk mengumpul duit untuk menukar ekzos keretanya atau membantu abangnya atau adiknya yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
20. Kalau anda bertengkar atau berselisih faham dengannya, usah bermimpilah dia akan memujuk anda, jauh sekali meminta maaf dengan gaya yang romantik. Jika ingin berdamai sekalipun anda yang memulakan dahulu.
21. Sidia terlupa nama penuh emak anda. Padahal anda sudah menyebutnya berkali-kali.
22. Si dia tidak pernah mempelawa anda datang beraya kerumahnya dan kalau datang beraya ke rumah anda dia akan membawa kawan serombongan.
23. Anda menghidap demam campak atau paling tidak selsema yang teruk, sidia mengelak daripada mendekati anda kerana bimbang terjangkit.
24. Si dia tidak sedikit pun berasa malu atau segan untuk sendawa dan mencungkil gigi di depan anda selepas makan bersma.
25. Setiap kali berjalan dan bertemu dengan teman-temannya, sidia hanya memperkenalkan anda sebagai 'KAWAN SAYA'.

0 comments:

Post a Comment