Sunday, October 25, 2009

.:Mutiara Cinta Suci:.

Cubalah baringkan bulan di matamu dengan kasih putih yang tersemat di dada pada malam yang bering dan langit tak tertandingi birunya. Ingatlah pada di suatu waktu, apabila gunung-gunung dan lautan memisahkan, tetapi semua itu takkan terjadi jika seandainya tidak menginginkan perpisahan itu. sematkanlah di dalam jiwamu segala kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan agar engkau memahami makna erti sebuah 'CINTA' terhadap ' Insan Lain' dan yang lebih menghadiahkan kebahagiaan padamu yakni Allah SWT.
Ia yakni cinta yang mengadakan pertemuan dan cinta jugalah yang membuat perpisahan tetapi cinta kita kepada Allah swt tidak pernah wujud erti perpisahan. Cinta kita pada-Nya sentiasa memberikan pertemuan dengan sesuatu yang penuh dengan ketenangan. Allah swt telah memberikan satu sifat iaitu jika dirimu ingin dicintai, cintailah dan bersikaplah sebagai orang yang ptut dicintai. Ini telah disaksikan oleh desiran ombak, tiupan ribut dan gelora yang boleh merebahkan dirimu di penghujung dunia dan penghujung pelangi.
Namun cinta kita kepada insan berlainan jenis adalah seperti dalamnya lautan yang meliputi sepenuhnya kehidupan dan ia adalah penjara dan syurganya. Bagi kita, cinta yang membuatka orang kuat menjadi lemah dan begitulah sebaliknya serta betapapun bijaksananya kita tetap menjadi bodoh dikata bercinta.
Tiap detik, rindu menular dirongga jasad kita ibaratkan api yang kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Walaubagaimanapun ia boleh meracuni tetapi bukan membunuh kita. Segala apa yang terjadi, indah dimata dan di hati. Berjanji untuk sehidup semati bagaikan pantai dan ombak yang sentiasa menemani antara satu sama lain. cukup murni dan teramat suci umpama tiada apa yang menghalang seakan dunia ini milik kita.
Adapun wahai insan, kita janganlah lupa pada Allah swt yang menjadikan kita. Lelaki dijadikan oleh Allah swt dan perempuan dijadikan dari tulang rusuk lelaki memang tak dapat dipisahkan walaupun untuk berjuta-juta tahun lagi. Kita memang tak dapat menafikankita dilahirkan untuk cinta, itulah permulaan dan akhiran kehidupan serta cinta adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk cinta.
sesungguhnya cinta kita kepada Allah swt adalah lebih berharga daripada segalanya di dunia dan akhirat kerana dari percintaan kepada Allah swt kita dijadikan, dalam percintaan kepadaAllah swt kita bakal kembali. Cinta yang agung lagi suci dan murni tidak ada kecuali cinta itu segalanya.
untungnya kita dirindui kepada-Nya kerana lebih bermakna. Rindu kita akan berbalas dengan sejuta kemanisan yang terungkai dalam kucupan Illahi. Janji kita kepada-Nya tidak akan dimungkiri tetapi akan ditunaikan enggan diiringi sebuah kedamaian di dalam hati.
Cinta buat insan sesuatu yang aneh. Jika menggenggamnya terlalu ketat maka cinta itu akan mati tetapi jika menggenggam terlalu longgar maka cinta itu akan lari. Cinta kepada Allah swt tidak akan mati dan tidak akan lari, tetapiu bersemarak di dunia dan akhirat.
Ingatlah, cinta tidak akan wujud dengan sesuatu yang lahir kerana Allah swt. Cinta yang lahir bukan kerana-Nya maka akan dirasuki oleh syaitan dan cinta yang lahir kerana Allah swt maka cinta itu akan dikuasai oleh nafas keinsafan kepada-Nya. Bandingkanlah antara 2 iaitu:
"cinta pertama adalah cinta yang murni
dan hanya sekali saja timbul di hati manusia"
atau
"suci cinta kasih adalah penuh pengorbanan
pengampuna, penghargaan dan pengadilan
kepada-Nya."

0 comments:

Post a Comment