Sunday, October 25, 2009

Cinta Tak Kenal Tua @ Muda

Cinta adalah kebadian dan knangn ttgnya adlh hal plg indah yg pnh d'alami.bnarkan?cnta itu mgasyikkn dan pnya kkuatn tsndiri.

Ibarat Hamka; "cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bvukan melemahkan semangat, tetapi membangkitka semangat. Begitulah hebatnya cinta. Suatu perasaan halus yang meresap ke dalam jiwa."

Cinta itu memerlukan persefahaman dan bukannya usia jadi ukuran, tidak kira muda atau tua. sikap dan pemikiran manusia itu sendiri yang melangsungkan sesuatu perhubungan itu untuk kekal bahagia dan utuh selamanya. Berkongsi pandangan dengan seorang teman, yang arjunanya ternyata lebih muda dari sisia. "dia kuat cemburu. pantang saya jauh dari matanya! ada saja yang ditegur dan ditanya. rimas juga. Namun, saya sayang padanya! dia matang dan sentiasa mengambil berat tentang diriku". ini pula jkisah seorang teruna yang khabarnya si kekasih hati sepuluh jauh lebih tua darinya. "tiada masalah! dia penyayang dan sangat memahami saya. dia juga seorang yang matang dan berdiri di atas kaki sendiri. itu yang membuatkan saya semakin hormat dan sayang padanya."

Persoalan cinta sudah konservatif. Cinta membahagiakan. Cinta mengindahkan. Cinta menyeronokkan. Cinta mencipta angan. Cinta menjadi sandaran. Malah, cinta menjadi taruhan untuk sang pencinta seperti kita. Dalam setiap hubungan, objektif itu biarlah jlas. Ada pro dan kontra bbercinta dengan si bunga yang cukup bhagia tetapi segalanya terletak pada tangandan cara mengendalikan perhubungan itu.

Memetik kata seorang pujangga, "Tuhan memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan utk memegang, 2 telinga untuk mendengar, dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta"

Begitulah cinta. Jika sudah tersurat jodoh, pasyti tidak kemana. Usia, rupa paras atau kekayaan bukanlah keutamaan bagi insan yang mabuk berkasih sayang. Namun, sejauh manakah jujurnya diri menerima pasangan seadanya. Buka sekadar mengambil kesempatan diatas kesempitan mereka. Bukan juga sekadar melepaskan diri dari tanggungjawab dan beban yang tergantung di pundak. Apa yang pasti, Cintailah pasangan anda walau berapa jarak usianya dengan sangat mendalam tanpa sebarang keraguan. itulah cinta sejati yang lahir dari hati.

0 comments:

Post a Comment